Saturday, 5 May 2012

Kek Kukus!

Masih dalam ingatan lagi. Pertama kali dapat resepi kek kukus ni. Balik dari sekolah terus nak buat. hehe. Rupa kek masa tu mcm kek runtuh,sebab terlalu moist sangat. Apapun,korg boleh cuba dulu sebab cara buat dia simple je. Kalau nak buat tu kene ikhlas jugak,baru menjadi and sedappppp.. 
Selamat Mencuba!
Bahan-bahan

Bahan A:

1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu coklat


Bahan B:

3 biji telur ayam
1 1/4 Tepung gandum diayak bersama
1 susu teh serbuk penaik.

Caranya,:

Masak bahan A,sampai bahan pekat. Pukul telur separuh kembang,masuk kan bahan A dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kukus selama 1jam. agak agak dah masak boleh tutup api. 

Yang suka makan manis-manis tu. Topping nya boleh buat dengan masak serbuk koko dan susu pekat.
Anda dinasihatkan utk kurangkan bahan yg manis-manis tu. Jangan lupa jaga kesihatan jgk. hehe. :)

Jejak Hikmah (2)

"Bila bersandar pada makhlukNya,tika terpisah rasa kehilangan,tika terasing rasa ditinggalkan,jiwa menderita gelisah sentiasa.Biar bersandar hanya padaNya,merasai cukup hanya denganNya,Allah sentiasa di dalam jiwa,biar terlihat tak punya apa-apa,tetapi hati kaya dengan rasa,rasa kasih & cinta Ilahi,menjadi cahaya penyejuk jiwa".

"Janganlah kamu berputus asa.Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlak orang muslim.Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam.Dan impian hari ini adalah realiti hari esok.Sesungguhnya,masa itu sangat luas & anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat dijiwa bangsamu yang beriman,biarpun dengan kerosakan yang menggila itu.Si lemah
tak akan kekal lemah sepanjang hayatnya & si kuat itu tak akan kuat selama-lamanya".-IHAB-

"Andai diumpamakan ISLAM itu seperti bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk tempat bagi mencari jiwa-jiwa muda,aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka.Tetapi,aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah".-IHAB-

"Hati,jangan kau lekakan jiwa dengan angan-angan sedangkan masih terlalu banyak ilmu perlu jiwa raih.Hati,jangan kau sibukkan dengan mengejar duniawi tapi kejarlah cinta pencipta dunia.Hati,usah kau risaukan kesunyian kerana pasti akan dipertemukan teman sejati.Bersabarlah,perjalanan masih jauh.Teruskan amalanmu,hentikan angan-anganmu,teruslah berdoa dan berdoalah selalu...."



Jejak Hikmah (1)


"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya wlaupun hatinya.Kerna Allah terlalu mencintainya,tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,dimanakah Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya.Mengapa masih ragu-ragu?Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan.Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"-Imam Ghazali-

"Sahabat,saat kau letih & hilang semangat Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan,sedarlah bahawa Allah telah mengira titisan airmata mu.Bila kau merasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ingatlah bahawa Allah setia disisimu.Bila tiada yang bererti buatmu & hatimu kecewa serta keliru,ketahuilah bahawa Allah ada jawapannya.Belajarlah untuk mengukir senyuman tatkala mehnah menyapa hidupmu kerana disebalik semua itu terdapat sebutir mutiara hikmah yang telah disisipkan olehNya kepadamu".

"Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerna masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerna DIA tahu hati yang sebeginilah yang lebih lunak & mudah untuk dekat serta akrab padaNya".


Wednesday, 2 May 2012

Renung-renung kan lah,Selamat beramal!

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.