Saturday, 5 May 2012

Jejak Hikmah (2)

"Bila bersandar pada makhlukNya,tika terpisah rasa kehilangan,tika terasing rasa ditinggalkan,jiwa menderita gelisah sentiasa.Biar bersandar hanya padaNya,merasai cukup hanya denganNya,Allah sentiasa di dalam jiwa,biar terlihat tak punya apa-apa,tetapi hati kaya dengan rasa,rasa kasih & cinta Ilahi,menjadi cahaya penyejuk jiwa".

"Janganlah kamu berputus asa.Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlak orang muslim.Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam.Dan impian hari ini adalah realiti hari esok.Sesungguhnya,masa itu sangat luas & anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat dijiwa bangsamu yang beriman,biarpun dengan kerosakan yang menggila itu.Si lemah
tak akan kekal lemah sepanjang hayatnya & si kuat itu tak akan kuat selama-lamanya".-IHAB-

"Andai diumpamakan ISLAM itu seperti bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk tempat bagi mencari jiwa-jiwa muda,aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka.Tetapi,aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah".-IHAB-

"Hati,jangan kau lekakan jiwa dengan angan-angan sedangkan masih terlalu banyak ilmu perlu jiwa raih.Hati,jangan kau sibukkan dengan mengejar duniawi tapi kejarlah cinta pencipta dunia.Hati,usah kau risaukan kesunyian kerana pasti akan dipertemukan teman sejati.Bersabarlah,perjalanan masih jauh.Teruskan amalanmu,hentikan angan-anganmu,teruslah berdoa dan berdoalah selalu...."



No comments:

Post a Comment